Daisypath Anniversary tickers baby baby development

Saturday, December 15, 2012

En Polis Trafik Yg Comel


Selasa nan lalu. Dikala aku on da way to PPUM. Di simpang Boulevard Sentul Raya, aku ditahan oleh polis trafik.

Dup dap dup dap.. *first time wey kene tahan cmtu, mase roadblock tu biasa la*

Aku memang redha je la memang silap aku tak pakai 'seatbelt' atau dalam bahasa melayu nye tali pinggang keledar. *ecehhhh..*

pic google

En polis tu senyum ... Perghhh. Sangat comel dengan deretan gigi yang sangat cantik. Dengan spek mata itam tu. *bergaya sungguh. wewettt*

En polis comel tu tersengih. Aku hulur Mykad n lesen.

En Polis : Kenapa tak pakai seatbelt ?
Aku : Maaf Encik memang salah saya, saya nak cepat ni.
En Polis : Awak nak kemana ?
Aku : Nak ke PPUM.
En Polis : Sape sakit ?
Aku : Suami saya. Saya dah lambat ni Encik.
En Polis : Saya bagi saman bole ?
Aku : Saya terima je sebab memang salah saya.
En polis : Em.. Saya bagi saman ye ?
Aku : Saya terima je Encik sebab dah salah saya.
En Polis : Ok. Pakai seatbelt. Tunggu kejap. Saya datang jap gi.

Terus die start moto n berlalu pergi . Aku pun tengok n tunggu je la.

Tunggu..

.... 10 minit berlalu ...

Aku dah tak boleh nak tunggu lama. Aku nak cepat ni. Aku pun terus start keta n trus ke hospital. Serius aku minta maaf kalo En polis tu patah balik kat tempat tu tengok aku takde. Maaf Maaf dan Maaf.

p/s : Maafkan saya En Polis comel. Saya mau cepat.


Anak Anak Ku.


Orait. Aku sambung cerita tentang twin. Sebenarnya aku mengandung kembar. Aku tahu yang aku mengandung masa period aku tak datang lebih seminggu. Lepas tu aku rasa lain macam. Makan tapi tak rasa. Aku minta hubby beli pregnancy test. Esok nya, dirumah mak aku. Pagi2 aku terus check. Mula2 baca arahan. Maklumla tak pernah tgk bende tu. Test n tunggu 

.....................................................

Eh eh.. Ada 2 line. Huh ? Pregnant ? Ehh.. Terus tanye mak. Mak senyum je. 
Gitau hubby yang tgh tido. Die senyum n sambung balik tido. zZzz zZ z
....................................................

Serius memang alahan aku amat teruk. Tiap bangun pagi muntah. Lepas makan muntah. Makan pun takde selera. Uhu. 

Agak lama la jugak baru aku buat  buku merah / pink. Sebab hubby aku agak busy n kami agak malas nak buat buku awal2.

Bila kandungan ku menjangkau ke 12 minggu baru kami ke klinik kesihatan. Nurse2 agak bising la gak sebab lewat buat. Sepatutnya bila tau je pregnant kene trus wat buku. Dah check bp, urine, berat n mcm2 baru jumpe doc. 

Dalam bilik doc, doc tanye macam2. borak2. n tiba lah waku nak scan. 2d scan je ade kat KK tu. 

Naik sejuk perut aku digodek2, ditekan2. uhu.. 

Doc pun check. Agak lama la sampai aku berdebar2. Suami aku plak tak bole  duk diam. Semua bende dia tanye.

Tetibe.

Doc : Ehh. Kembar ni.
Aku n Hubby : Ape ?
Doc : Baby awk kembar. Jap saya check

Doc tu pun tunjuk. Ade dua bentuk baby n degup jantung. Doc amek ukuran babies. Jangkamasa bersalin EDD 15 Sept 2012.

Aku senyum je. Doc cakap kembar ade dua kantung. 
Berat mereka lebih kurang sama pada masa tu. cuma beza sedikit je.

.........................................................

Minggu ke 20 aku kena scan detail kat hospital serdang. Doc check n cakap baby aku tinggal sorang je. Aku tak kata ape. Aku nangis dalam masa 5 minit camtu. Sedih gile aku rase. Tapi sebelum nie hubby selalu nasihat kat aku yang jgn terlalu berharap. Redha kalo ape2 yang jadi. Ada hikmahnya. Cukup 5minit aku nangis lepas tu aku janji tak kan nangis lagi. Nanti kecik ati baby yang sehat.

Sebab tak puas hati aku n hubby g klinik swasta untuk scan n minta pencerahan dari doc. Jelas dari apa yang discan doc tunjuk baby yang sehat sedang membesar n seorang lagi baby yang makin mengecil. Doc ckp yang lagi satu sudah tak membesar.

Doc cite my twin berkongsi satu uri. Risiko mengandung twin kongsi satu uri memang tinggi. 20% je yang bole survive dua2. 

Adik (baby yg tak survive) xperlu dikeluarkan dari rahim. Doc ckp dia akan kecut sendiri n kakak (Syifaa) akan sedut die n vitamin die.

..........................................................

Masa aku bersalin 15 Ogos lepas, Adik kuar sekali. Aku tak pasti Syifaa atau adik keluar dulu sebab adik kuar pun dalam bentuk janin. Dalam 20cm panjang n 20gm. Doc ckp mungkin sebab aku bersalin tak cukup bulan 35w n adik tak diserap abis oleh Syifaa.

Doc pun pelik sebab tak pernah tgk janin keluar sekali. Abes dorang tangkap gamba adik sebab tak pernah tgk. Doc bg aku tgk adik. Memang kecil. Nampak bentuk soket mata. bentuk rangka. 

Bila ditanya aku ada keturunan kembar atau tidak. Aku senyum je. Hubby aku cakap sebelah dia takde keturunan kembar. Sebelah aku ade la juga keturunan kembar. Tak silap aku mak aku ada sepupu kembar. Kembar seiras (perempuan). Dan sebelah ayah aku, sepupu aku kembar. Kembar tak seiras (sepasang lelaki dan perempuan).

Doc nasihat jangan sedih. Nanti anak ke-2 bole dapat kembar lagi. *hahaha. gelak je la. nanti2 la 2nd baby.*

2013 nak rehat la. Kalo ada rezeki 2014 boleh la. Hihi. Kalo ade rezeki juga nak la kembar. Teringin lagi rasa nya membawa kembar. 

macam-macam Syifaa.


p/s : anak... satu seronok. dua duaronok. tiga tigaronok. empat ? beronok-ronok. teringin triplet la pas ni. hihi