Daisypath Anniversary tickers baby baby development

Monday, April 9, 2012

Rutin Pagi~~

6.00AM : Bangun !!! *kalo tak bangun dengan hubby skali terlajak tido*
              - hubby mandi...
              - aku kedapur.. siapkan sarapan tuk hubby.. *nowadays hubby xnak tapau cause on diet.. wakaka*
              - berjemaah subuh dgn hubby

7.30AM : Hubby g keje..
              - Sayang Abg.. Mwah.. *jgn tahan muntah okae !!*

P/s : Ehhh.. Aku taip ikut aku suke.. hahahah..

Sunday, April 8, 2012

Mari kita pindah !!!

Salam. Di saat aku menaip untuk meng'hapdate' blog nie, aku tgh tgk kartun. Nak wat camner.. Astro tak tukar lagi dari rumah lama. Sekarang ni, aku dah pindah Rinching. Nak kata jauh tu... Jauh la  sket.. Ye la, Cian hubby i nak gi keje pagi2. Mengadap jem je tiap ari.. Agpun ayah aku nak sangat pindah sini.. *kunun dekat dgn kampung die.. gile la 26tahun dok KL.. nak pindah luar KL ??*

pindah ooo .
pic google

Memang penat nak settlekan pasal pindah randah ni. Dari cari rumah. deal ngan owner. renovate. tukar nama itu ini. cari barang lagi. Huuuuu~~~ Luckily.. Aku direct dgn owner n bukan agent. Kalo tak mahu mahal. N twice luckily... Owner tgh terdesak nak pakai duit cepat.. Hehehe..... So biler 'nego' harga memang 'kaw2' mintak..

Dalam bab2 urusan jual beli perjanjian. Makcik Nab a.k.a Koperal Nab.. *ampun acik.. illa lupa nama betul.. tabikk hormat !! haha*  ade suggest wat sendiri.. tapi memang aku tak hingin buat sendiri. Haha.. Penat la kehulur kehilir.  And kami pun hired lawyer jer dalam urusan jual beli.. Triple Luckily..... Lawyer yang kami hired adalah Puan Hjh Wan Sharifah.. Siapakah beliau ?? Beliau Ketua Wanita UMNO cawangan kami sendiri. Haha.. So harga yang dicas pun mmg murah dan berbaloi2... Terbaekkk~~~~~ 
Sesiapa ada masalah rumahtangga.. Boleh dapat khidmat nasihat percuma dari beliau dibawah Biro .... *aku lupe la.. Biro rumahtangga le biro kebajikan ke biro ape tah.. Sorry.*

Proses jual beli pun ambil masa.. Min masa diambil pun 3bulan. Itupun minus dgn urusan dgn 'gov'. Paham2 la kalo pi LHDN tu.. tunggu nak dapat 'nilaian rumah' mmg amek masa lerrrr.. Kalo buat loan lagi la panjang amek masanye.. Uhuuuuu...  Quad Luckily *ade ke quad luck ?? hahahaha.. cam tak kene jer ayat.* .. Ayah aku tak mohon loan..

Actually. Byk ag aku tak abes settlekan lagi. Lebih2 skang ni aku tak baper nak larat.. Aduuhhhh.... Tang2 anemia nie. Senang penat. Kejap2 mengah. Kene wat keje slow melow.. Uhuu...Luck Luck Luckily *byk sgt bertuahnyer.. hahaha* .. Hubby i a.k.a My Lov Lov Bambam  beli byk supplement. InsyaAllah.. . Hopefully check up nanti HB naik.. 

Orait la... Nanti free2 aku sambung membebel.. Nanti sonang2 aku letak la pic sendiri.. hahahaha.  Lapa la plak tetibe.. Mau makan makan makan.. Ari ni nak masak ape ye ??? . . . . .  

p/s : Saya sayang suami saya... Muahhh.. XOXO...

Friday, April 6, 2012

Al-Fatihah~

26 Feb Ahad. Aku di office suamiku menemani beliau menghabiskan kerja. Tiba2 dalam kul 6 ptg mase aku dah siap2 nak balik. Ija call.. 

Aku   :  Ija ... !
Ija    : Illa.. Illa.. Dengar sini.. Panjang dah meninggal tadi. Aku tak tau macamane cerita. Aku nak pegi       umah sewa Oggy sekarang. 
   
bla.. bla.. blaa.. *aku dah lupe. eheh*

Abes je call. Suami ku masuk bilik rehat tu tgk aku dah leleh air mata. 

My Bambam : Nape ni anje ?
Aku                : Panjang dah takde. 

.... silent......

Aku nampak kesedihan kat muka suamiku. Aku terus nak g Melaka. Tapi Ija bgtau jenazah arwah dibawa ke Hospital Tampin. Aku n hubby trus pulang rumah mandi n ambil apa yang patut. Lepas Maghrib kami gerak ke Hospital Tampin. 

Sepanjang perjalanan hujan. hujan renyai n then lebat n renyai seperti menangisi pemergian beliau. Sampai di hospital aku jumpe ibu oggy. Oggy ade kat dalam kata ibunya. Ya Allah... Bile aku tgk Oggy aku rase sedih sgt. Sambil memelukku n menangis.. 'Panjang dah takde lagi illa.... '  Mmg terasa sgt ayat tu. Aku dah berjanji ngan suamiku taknak menangis depan Oggy. Tapi memang takboleh tertahan. Aku dapat rasekan kesedihan n beratnya apa yg Oggy hadapi. 

Al-Fatihah buat arwah Fanizam Panut suami kepada sahabatku Oggy.
Moga roh beliau di kalangan2 mereka yang beriman. Amin~

Selang beberapa hari. Oggy mengadu padaku tentang kandungannya. Oggy kena tahan di wad. Masa tu aku menangis kat suamiku.Tak tahan kesedihan bile Oggy cakap die kene tahan kat wad. Aku berdoa berharap agar kandungan Oggy selamat.

5 Mac Oggy msg aku. Katanye 'misscariage' malam semalam. Beratnye dugaan sahabatku ini. Baru sahaja kehilangan suami. Satu2 zuriat arwah juga pergi menemani bapanya. Buat masa sekarang,Oggy masih lagi berpantang di Palong,N9 di rumah orang tuanya. Minggu depan beliau sudah mula kerja kembali. Harap bile bz dgn kerja Oggy akan lupa sikit kesedihannya.

Oggy a.k.a Rozeana sahabatku di UTeM. Satu bilik di hostel. Sebilik juga di umah sewa. Tapi kami berbeza kos.. Muda setahun dari aku. Mula2 masuk bilik tak kenal sgt.. pendiam.. sombong.. sanggup tido tak berbantal sebab pendiam sgt.. hahaha.. Tapi bile dah kenal.. Macam bertih jagung mulutnye. Minta benti cakap seminit pun tak bole. Ehe. Die bijak. Mmg bijak. Almaklum la. dak2 UTM memang bijak. Kalo tak bijak takde la die jadi engineer skang. Hebatkan .. 

Oggy n Fanizam bernikah 8 Oktober 2011 setelah lebih 6 tahun berkawan. Aku sempat sampai kat kenduri walaupun sesat2. Isk2.. Kali terakhir aku jumpe arwah masa malam 11 Nov 2011 iaitu semasa majlis akad nikah aku n suami.Arwah seorang yang romantik. Memang Oggy selalu dapat bunga la dulu. Cakap pun slow, relax je. Kadang2 masa dorang bercinta dulu bile Oggy ade masalah n mengadu kat aku. Aku mesti macam menangkan arwah. Sebab bg aku arwah baik. Tapi arwah mesti pujuk Oggy la. Ehe..

kenangan majlis Oggy n arwah Panjang.
credit to ija. Luv u...


Aku harap Oggy tak putus semangat. Semua ini perlukan masa. InsyAllah Oggy kuat menempuh dugaan ni. Semoga Allah SWT membalas nikmat yang berlipat kali ganda buat sahabatku Oggy.
Kami semua sayang Oggy..

Semoga roh arwah Fanizam Panut dicucuri rahmat.. Al-Fatihah~~

Welcome To World Airiel !

Pada 6 Febuari 2012 lahirlah putra sulung Puan Shima dan En Nazrul Azri. Baby yang comel lote ni dberi nama Muhammad Airiel Amsyar B. Muhammad Nasrul Azri ..

pic dari fb mummy Airiel
practise make perfect sayang.. ehe..

Comel kaaaannnn ? Hehe... Puan Shima nie aku anggap macam kakak aku sebab die garang. Ehe.. Die banyak nasihat aku dari pelbagai segi kadang2 wat aku terpikir bende yang aku tak terpikir.. *ayat bersepah2*

Airiel ni tido cam baby dah beso. Mak aii... tgk la.. kadang2 gaya cam superman.. Bile bosan nak 'fire' cam ultraman. Hehe.. 

Tak sabo nak tgk die beso berlari2. Nampak gaya memang jadi baby boy yang lasak. Mummy n Daddy die ganas. Ehe..

Anyway.. CONGRATS to Naz n Shima..

Tungguuuuuuuuu kawan Airiel lahir nanti... Hehe...

TERIMA KASIH SEMUA !!!!

Salam. Saje wat entry byk2. So nanti aku update la lagi. Lagipun bila dah bersuami agak bz sikit. Ehe.. 


11 Nov 2011. Aku dinikahkan selepas Isya'. Sepatutnya selepas Maghrib tapi disebabkan ramai sgt yang menikah malam itu, so agak lewat sikit. Mak andam Kak Nora aku plak 'stuck' kat Shah Alam. Jem teruk katanya. Trus datang staff Kak Nora a.k.a mak andam bidan terjun Kak Siti . Ehe. Terima Kasih buat yang sudi datang masa majlis aad nikah tu. Penuh surau. Yang duduk lepak kat luar pun ramai. Rombongan suamiku ramai. Dengan saudara mara n kawan2 sebelah suami. Tak lupa saudara n kawan2 aku yang datang. Jiran2.. Maklumlah ari Jumaat. Abes je keja trus datang majlis aku. Terima kasih byk2. 
Kawan2 yg dok seblah mase nikah. Iena cantik bertudung. Eheh.. Fiyza,Jai n anaknye dari Putrajaya.. Ayun baru balik keje.. Oggy n arwah Panjang dari Klang.. Naz n Shima dengan perut yang beso. Ehe.. Thanks a lot. Mesti ade yang tertinggal. huhu.. Terimakasih wat Shima n Naz yang sponsor bunga api. Memang BEST !!!! hehe..

pic ehsan je aku ade. ehe

13 Nov 2011. Majlis Pengantin Perempuan. Chewah.. Nasib baik Kak Nora datang. Ehe. Kalo tak mau mak andam bidan terjun lagi. Ehe. Mak Aii.. Tebalnye make up pengantin nie. Baju sewa je kat butik. Tema nak kaler purple. Pilih punye pilih. Adik iparku *Faranisa yg ayu* pilih. Aku pun suka accept je. Ehe. Masa rombongan lelaki datang kena la salam suami dulu. Aku rase suamiku 'handsome' aritu. Ehe..  *jgn muntah kay.. wakaka* .. Ape2 pun aku sgt2 BERTERIMA KASIH kepada family n saudara mara n kawan2 yang support n byk tolong aku sebelum.. semasa.. n selepas majlis. Kawan2 abg aku a.k.a Iwan yg byk bantu. Team silat Iwan. Rase nak join bersilat skali masa tu.. Kawan2 yang datang dari jauh. Tganu, Kelantan, Johor, Melaka.. Kawan2 Convent, Teknik, Poli, kawan2 keja n semua .. Nak sebut satu2 nama memang ramai la. Tq Kepada kawan yg tak dapat hadir majlis n datang seblum majlis. Tq for the gift.. Thanks A Lot. Maaf sgt2 tak sempat nak amik gambar dgn semua kawan2. Kalo bole nak bergambar dgn sorang2.  Tak sempat. Nak nyanyi berduet ngan suami pun tak sempat. Terima Kasih sgt. Tak lupe juga jemputan VIP yang hadir.  YTL yang sempoi sudi datang dgn bodyguard. Tak sempat nak bergambar. Thanks Tan Sri Dato Seri.. Nak sebut satu2 nama takut tertinggal plak.. Sebab ade yang datang tak jumpe n lambai aku pun. Anyway TERIMA KASIH SEMUA YANG MENJAYAKAN MAJLIS.

pic ehsan lagi.. tq ayun
cukup la letak sekeping... wakakaka..

20 Nov 2011. Majlis Menyambut Menantu. Kami dari butik andaman untuk prepare. Tema circus kata suamiku.. hahah.. takde lah.. Ikut kaler baju kami.. Blue Royal.. *chewah.. nak diraja gitu..* Baju ni special sikit. Direka khas... buat aku n suami.. Di tempah untuk kami. Songket Terengganu yg dipakai oleh suami di hadiah oleh kawan sepejabat beliau. Terima kasih byk2.  *terkesima aku tgk harga songket tu kat kedai*
Baju ditempah kat Kak Nor di Wedding Galore, Bangi. Tq kak.. Baju tu memang lawa. Pasni baju tu wat arkib la. Buat suamiku.. Maceh sayangku sebab tempah baju tu walaupun anje marah sebab mahal. Ehe.. Maaf dipinta sebab pengantin agak lewat sampai majlis. Tapi Alhamdulillah majlis berjalan lancar. Sekali lag terima kasih saudara mara, kawan2 n jiran yang sudi bertandang ke majlis suamiku. Seperti majlis umah aku. Kat majlis sebelah suami pun kami tak sempat nak berduet. Hehe.. *kesian derr...*  Suami ku tempah band a.k.a kugiran tuk nyanyi tu. Tapi apakan daya.. Tak sempat... Ramai beno.. Uhu.. Tq hadiah2 diberi. Hadiah rumah suamiku lebih byk dari umah aku. *cess...  hadiah die byk sgt. tak dapat nak lawan.. ehe*
Pasangan rakan yang datang ketiga2 majlis kami.. Naz n Shima.. Korang memang best.. Terbaek la~~~

pic ehsan.. crdt to pak itam n mak itam



Jutaan TERIMA KASIH buat semua. Dgn adanya korang semua majlis bertambah meriah n the best !! TERIMA KASIH SEMUA !!!!!! Maaf Pic Cket2 jer letak... ehehe.. 

p/s: Maaf andai ada kekurangan.. Maaf juga buat yang tak dapat door gift. Buat lebih seribu... Tak cukup rupanya.. Maaf.. Suami buat 1400.. Pun tak cukup.. Maaf byk2..