Daisypath Anniversary tickers baby baby development

Friday, April 6, 2012

Al-Fatihah~

26 Feb Ahad. Aku di office suamiku menemani beliau menghabiskan kerja. Tiba2 dalam kul 6 ptg mase aku dah siap2 nak balik. Ija call.. 

Aku   :  Ija ... !
Ija    : Illa.. Illa.. Dengar sini.. Panjang dah meninggal tadi. Aku tak tau macamane cerita. Aku nak pegi       umah sewa Oggy sekarang. 
   
bla.. bla.. blaa.. *aku dah lupe. eheh*

Abes je call. Suami ku masuk bilik rehat tu tgk aku dah leleh air mata. 

My Bambam : Nape ni anje ?
Aku                : Panjang dah takde. 

.... silent......

Aku nampak kesedihan kat muka suamiku. Aku terus nak g Melaka. Tapi Ija bgtau jenazah arwah dibawa ke Hospital Tampin. Aku n hubby trus pulang rumah mandi n ambil apa yang patut. Lepas Maghrib kami gerak ke Hospital Tampin. 

Sepanjang perjalanan hujan. hujan renyai n then lebat n renyai seperti menangisi pemergian beliau. Sampai di hospital aku jumpe ibu oggy. Oggy ade kat dalam kata ibunya. Ya Allah... Bile aku tgk Oggy aku rase sedih sgt. Sambil memelukku n menangis.. 'Panjang dah takde lagi illa.... '  Mmg terasa sgt ayat tu. Aku dah berjanji ngan suamiku taknak menangis depan Oggy. Tapi memang takboleh tertahan. Aku dapat rasekan kesedihan n beratnya apa yg Oggy hadapi. 

Al-Fatihah buat arwah Fanizam Panut suami kepada sahabatku Oggy.
Moga roh beliau di kalangan2 mereka yang beriman. Amin~

Selang beberapa hari. Oggy mengadu padaku tentang kandungannya. Oggy kena tahan di wad. Masa tu aku menangis kat suamiku.Tak tahan kesedihan bile Oggy cakap die kene tahan kat wad. Aku berdoa berharap agar kandungan Oggy selamat.

5 Mac Oggy msg aku. Katanye 'misscariage' malam semalam. Beratnye dugaan sahabatku ini. Baru sahaja kehilangan suami. Satu2 zuriat arwah juga pergi menemani bapanya. Buat masa sekarang,Oggy masih lagi berpantang di Palong,N9 di rumah orang tuanya. Minggu depan beliau sudah mula kerja kembali. Harap bile bz dgn kerja Oggy akan lupa sikit kesedihannya.

Oggy a.k.a Rozeana sahabatku di UTeM. Satu bilik di hostel. Sebilik juga di umah sewa. Tapi kami berbeza kos.. Muda setahun dari aku. Mula2 masuk bilik tak kenal sgt.. pendiam.. sombong.. sanggup tido tak berbantal sebab pendiam sgt.. hahaha.. Tapi bile dah kenal.. Macam bertih jagung mulutnye. Minta benti cakap seminit pun tak bole. Ehe. Die bijak. Mmg bijak. Almaklum la. dak2 UTM memang bijak. Kalo tak bijak takde la die jadi engineer skang. Hebatkan .. 

Oggy n Fanizam bernikah 8 Oktober 2011 setelah lebih 6 tahun berkawan. Aku sempat sampai kat kenduri walaupun sesat2. Isk2.. Kali terakhir aku jumpe arwah masa malam 11 Nov 2011 iaitu semasa majlis akad nikah aku n suami.Arwah seorang yang romantik. Memang Oggy selalu dapat bunga la dulu. Cakap pun slow, relax je. Kadang2 masa dorang bercinta dulu bile Oggy ade masalah n mengadu kat aku. Aku mesti macam menangkan arwah. Sebab bg aku arwah baik. Tapi arwah mesti pujuk Oggy la. Ehe..

kenangan majlis Oggy n arwah Panjang.
credit to ija. Luv u...


Aku harap Oggy tak putus semangat. Semua ini perlukan masa. InsyAllah Oggy kuat menempuh dugaan ni. Semoga Allah SWT membalas nikmat yang berlipat kali ganda buat sahabatku Oggy.
Kami semua sayang Oggy..

Semoga roh arwah Fanizam Panut dicucuri rahmat.. Al-Fatihah~~

No comments:

Post a Comment