Hari ni sebelum ke bazaar aku nak menaip sedikit. Saja2 nak bercerita tatkala laptop dah terpasang. Seminggu sebelum bulan Ramadhan, yakni Sabtu 14 Julai kami ke Terengganu. Aku pergi dengan hubby tercinta , ibuku sayang, Iena, Mus dan Ipin. Kami naik bas..
Apakah tujuan kami ke sana ?? Misi kami untuk beli van !!! Ha Ha Ha
Alang2 dah sampai Terengganu, kami jalan2 la juga. Kami tumpang rumah Syawal dan Kak Zura. Pergi memang 'gamble' naik bas then balik KL naik van. Alhamdulillah.... Semua berjalan lancar. Sepatutnya balik hari Ahad. Tapi banyak urusan JPJ tak dapat nak 'settle', kami balik Isnin.
tiket bas *tq ipin gi belikan* |
Yang pasti memang makanan kat area Chukai memang mahal. Perghhhh.... Melampau dari KL. *keh keh.. jgn harap la nak makan ikut nafsu kat sana*
Nak balik KL, sempat la singgah Teluk Chempedak. Agak sakit la juga berjalan dengan kaki yang sudah membengkak ni. Tapi berjalan banyak bagus tuk senangkan proses bersalin. *chewah..* Yang suami aku ni pula asyik memanjat batu. Aku takut dia tergolek je. Last2 dengan aku sekali panjat batu. *An marah aku panjat batu tinggi2.. takut jatuh.. sob sob..*
Gambar2 banyak kat 'enset' hubby ku. Aku upload mana yang ada dalam Facebook je la. Agak kurang rajin nak 'transfer'. Kerja banyak la sayang... Hehe. *nak 1000 daya.. tak nak berjuta dalih.. wakaka*
suamiku teruja dgn pasir *pic by ipin* |
iena sempat lepaskan anak penyu. masa ni aku tak 'join' temankan hubby 'settle' JPJ *pic by Ipin* |
pasangan bahagia.. wewiit !! *pic by ipin* |
kesayanganku selalu. (^^,) |
Misi kami membeli van sudah berjaya dengan jayanya sampai ke KL. Alhamdulillah.. Nanti senang2 aku cerita lagi. Visi kami pula ?? Nak berniaga la. guna van. Ehe.
Sekian~~~
p/s : masa sgt mencemburui aku. nanti kita 'story mory' lagi.. Selamat berbuka.. (^^,)v
No comments:
Post a Comment