Dengan ini saya memperkenalkan cinta hati .. kasih sayang .. buah hati .. saya dan suami tercinta..
NUR SYIFAA ADAWIYAH BINTI AZANNUDIN FARHAN. *nama anak n abahnya panjang.... ehehe*
tak sempat nak lawa2. dalam pantang ni Syifaa bersama makcik2 kesayangan |
Syifaa dilahirkan pada 15 Ogos 2012 bersamaan 27 Ramadhan pada jam 7.41 pagi. 2.33kg.. Comel je.. Dilahirkan secara normal. Sepatutnya 'due date' Syifaa 15 Sept cukup 40w. Tapi Syifaa lahir pada 35w. Awal 5 minggu dan premature. Ceritanya bermula begini............ *awan flashback kepul kepul*
Hari Sabtu seminggu sebelum raya 11 Ogos aku bangun pagi. Dah plan nak pi 'shopping' beli pasu. *hehe.. usha2 barang raya la der.* Lepas je mandi tiba2... Aku rasakan sesuatu. Basah... *sket jer kot*
Aku gi toilet air tetap keluar. Terus aku panggil hubbyku..
Aku : Abg !!!
Hubby : Ye Sayang..
Aku : Tak payah la gi shopping.. Kite gi Hospital.. Air ketuban dah pecah..
Hubby : Ape ?? Jom cepat
Memang nampak kelam kabut hubby aku. Bawak kereta selaju mungkin. Aku rileks jer dalam kereta. Sebab aku tak rasa langsung sakit. Beg baby memang aku dah siapkan. Beg aku je tak siap kemas lagi. Dalam otak aku lambat lagi nak bersalin sebab baru 35w.
Sampai je Wad Bersalin Hospital Serdang terus daftar then doc check. Kena masuk air sebab ketuban dah pecah. Doc ckp rahim takde bukaan lagi. Doc inject 'dexa' kat punggung aku untuk matangkan paru2 baby *inject tu memang sakit.. aku tak tipu.. *
Doc kata aku kena tahan wad dalam seminggu nak cukupkan 36w then nak induce aku. Maknanya jumaat (2 ari seblum raya) aku akan diinduce then sabtu baru aku bersalin. *aku nak balik... bosan seyh dok wad*
Disebabkan wad yang penuh. Aku lepak kat wad bersalin. Malam2 dengar la org bersalin. Seronok plak dengar baby nangis. Kat wad bersalin aku boleh lepak kat luar dengan hubby. Hubby aku teman sampai pagi. *maceh sayangkuuuu... Mwah*. Sampai aku tukar ke wad biasa esoknya. Bosan tak bole suami teman.
Hari Rabu 15 Ogos kul 2 pg. doc panggil nak check bukaan rahim sebab aku ada rasa sakit perut sikit2. Doc check dah 2 cm. Then aku sambung tido.. dalam kul 6.45pg aku rasa sakit mula menerjah. Aku mula berulang alik ke toilet. *sempat aku buang hajat.. ehehe*
Maklum la, aku mana pernah rasa 'contraction'. Sampai satu saat aku gi toilet then darah dah kuar. Terus aku bgtau staff nurse.
7.00pg.. Staff nurse check bukaan dah 5cm. Die suruh aku lepak kat katil dulu. Aku tengah cam org gile sakit yang amat. Sakit yang tidak dapat digambarkan. Aku call hubby..
Aku : Abgg....
Hubby : Ye yunk... (suara tgh tido)
Aku : Dah 5cm.. Cepatla datang..
... Aku terus letak phone..
Doc dtg check pulak.. Dah 7cm.. Tetibe 8... 9cm... Huh ??? Dah fully nie.. Aku tengah sakit.. Aku cakap dengan doc.. 'Saya dah tak tahan.. Nak berak ni..'
Kelam kabut semua nurse n doc kat wad. Aku tak sempat nak tukar katil. Terus berlari dorang tarik katil aku ke labour room. Sampai labour room terus ready nak bersalin. 3 kali aku dok push.. Alhamdulillah... Selamat....
Luckily, phone aku kat katil dan ad staff nurse yang pegangkan. Terima kasih kakak... (^^,). Aku terus call hubby. Tapi hubby tak angkat. Aku call mak aku.
Aku : Salam.. Mak ! Tido ke ?
Mak : Wslm. A'ah. Tido ler.
Aku : Illa dah beranak ni ! Call An angkat. Die tido ke ??
Mak : Hah ? Ko dah beranak ? Biar betul. Mak kejutkan An .
...
Aku call hubby aku balik..
Aku : Abg !! Anje dah beranak ni !!
Hubby : Hah ? Dah beranak ?? Ye ye Abg datang sekarang.
Betul la org cakap. Kalo kita dah plan kadang2 tak jadi. Hubby nak sangat masuk dalam Labour Room. Tapi nak buat macamana. Dah takde rezeki. Maybe next time.. Insyallah...
Nanti aku sambung lagi cerita. Pasal my twin pregnancy.. Walaupun twin Syifaa tak dapat nak survive sekurang kurangnya Syifaa berteman dalam rahimku dulu.. Ibu sayang anak2 ibu.. (^^,)
... to be continue
No comments:
Post a Comment