Pada ketika pertemuan itu berlaku. Aku mula bertanya pada hati. Betulkah pilihan ku ini? Patutkah aku memberi peluang pada dirinya untuk mengenaliku lebih lanjut? Perlukah aku 'boolayan' dengan dia ?
Pada ketika itu, perasaan ku bercampur baur. Ada perasaan suka apabila dipuja dan diminati seseorang yang digelar lelaki. Ku rasakan diriku wanita yang paling cantik.
Pada ketika itu,ku bulatkan ati untuk menerima pelawaan darinya. Ku terima dirinya dengan terbuka.Dia menerimaku dengan gembira. Aku harapkan cinta yang diberikan padaku adalah sebenar-benar cinta. Ku dapat rasakan cintanya mengalir ke seluruh jiwaku. Ku rasakan dia lah cinta sejatiku.
Pada ketika itu kita menyambut tarikh penyatuan jiwa kita setelah beragai rintangan kita lalui bersama. Suka dan duka kita tempuh sepanjang percintaan kita telah ditebus dengan akad nikah. Aku bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dia berjanji akan menjadi suami yang baik. Ku lupakan episod pencintaan yang duka dan ku sulami dengan ingatan yang indah untuk kita menempuhi hidup berumahtangga.
Pada ketika itu,kita gembira menyambut kelahiran putera sulung. Ku lihat cahaya kegembiraan pada wajahnya. Dia mengucup dahiku sambil berkata "terima kash sayang". Aku hanya mampu tersenyum kerana tak terucap kegembiraanku. Bagi diriku, kebahagiaan nya adalah kebahagiaan buatku. Segalanya begitu sempurna buatku hingga......
Pada ketika itu, aku sarat mengandung anak kedua. Ku terserempak suami bersama wanita yang bergaya berpegangan tangan keluar dari hotel. Aku tersedu. Dirumah aku menanti suami dengan penuh sabar untuk penjelasan sebenar. Pulang suamiku, dia tenang. Segala persoalan ku hampa tanpa jawapan. Suamiku naik ke bilik dan meninggalkan aku menangis di sudut itu.
Pada ketika itu, aku bangun untuk membuat sarapan pagi buat suami serta anak. Ku buang jauh2 ingatan semalam. Aku masih percaya cinta dan kasih suami hanya untuk ku. Ku nampak sehelai kertas tertulis dimeja makan "Maafkan Abg.. Abg tak mampu untuk bersama Sayg.. Abg lepaskan Sayg"
Pada ketika itu, Aku terduduk. Suamiku pergi tanpa penjelasan. Aku seperti org bodoh yang tidak peduli apa yang terjadi di sekelilingku.
Pada ketika itu.. Aku menyesal memilih untuk bercinta..
Pada ketika itu.. Aku menangis tanpa henti..
Pada ketika itu.. Aku sesali segala harapan dan kepercayaan aku padanya..
Pada ketika itu.. Aku teringat segala janjinya padaku..
Pada ketika itu.. Aku sedar cinta ini tidak lagi bermakna..
Pada ketika itu.. Aku amat merindui suamiku..
P/s : Jgn beri harapan pada seseorang dan menghancurkan nya. Tatkala anda terasa bosan dengan pasangan anda, warnai lah cinta itu dengan kenangan dan memori yang indah. Jgn la anda mencari kesempurnaan yang lain sedangkan anda membuang kesempurnaan yang memang telah anda miliki.
No comments:
Post a Comment