Daisypath Anniversary tickers baby baby development

Monday, August 1, 2011

Hari Ibu

Mungkin entry ni sudah sgt terlewat untuk di post. Tapi tatkala lepas sahur aku teringat akan mak aku. Pengorbanan seorang ibu yang sentiasa ada di sisi anaknya tatkala di perlukan. Surely, aku bukan anak yang solehah.. Aku kuat melawan. Disaat ini, ibu ku tido kat sebelah aku setelah penat menyediakan makanan utk bersahur sedangkan aku plak ??? Berdengkur... kroih..kroih... *patut bg kaki je

Terimbau kembali *ayat karangan skolah* ketika aku excident pada hujung bulan Januari taun nie. Aku dengan tak mampu berjalan sebab kaki belah kanan yang agak kurang sempurna. *tgk post aku sebelum ni* . Korang bayangkan mak aku tido kat pintu bilik aku semata mata takot aku perlukan sesuatu. Tak sanggup aku tgk mak aku. Seriesly beb, meleleh air mata aku tgk.. *boleh ke aku jadi seorang ibu seperti mak aku?

Selalu jer aku rasa nak membuang hadas kecil masa tu, tapi bila tengok mak aku tgh tido.. Adoyai.. tak sanggup aku nak kejutkan tuk papah aku ke toilet. *sanggup aku merangkak ke toilet*. Sayu hati aku tgk mak. Byk kali aku buat mak menangis sebab perangai aku. Tapi aku tak pernah sedar pun. *evilnyer aku.. Pernah rasa aku nak tampar jer mulut aku ni bila terlepas caap dengan mak.

Di saat aku putus cinta. Mak la yang ada kat aku. Memang aku kurang bercerita tentang peribadi hatta cinta ku pada kawan kawan. Jadi mak tempat aku cerita semuanya. Yang pahit... manis.. masam... kelat.. semua mak tahu. Tapi mak tak pernah ejek pown aku. Mak dengar jer. Mak bg pendapat. 

Aku sangat bertuah sebab masih ada mak. Mak yang selalu sayang aku dan terima aku walaupun seburuk mana perangai dan sikap aku.' Mak... Illa minta maaf sebab selalu melawan cakap mak..' *cakap dalam hati jer.. mak tgh sedap berdengur seblah ni.. ehe*

kek utk mak

mak suka wlupon tak mahal mana

iwan budget comel

mak memaksa rela dirinya disuap

p/s : Saya Sayang Mak Saya..... Selamanya.... (^^,)V

Warkah Buat Kwn PSA n C-2-6~~ (Mood Serius Sungguh)

Aku tahu ramai kawan-kawan aku especially memember masa kat Politeknik Shah Alam dan UTeM C-2-6 agak bengang dgn aku. Aku minta maaf.. Bukan sengaja cuma segalanya berlaku sebegitu. Sejak facebook aku berstatus 'engaged with....', aku perasan korang tak komen ape2 langsung kat aku. Korang dah tak sayang kat aku ke ? Korang marah kat aku ke ?


Aku minta maaf.. Korang memang patut marah dengan apa yang korang nampak terjadi. Dan aku tau korang bertambah marah bila aku bersama dia kembali. Mungkin aku tak pernah nak cerita apa sebenarnya yang terjadi. Aku berdiam diri sebab tak tau nak cite. Cakap lebeh macam buka pekung sendiri. Tak cakap byk plak andaian. Terlalu banyak sangat yang terjadi dan kadang2 aku sendiri tak paham jalan cite nie *dah macam cite industan

Agak terasa diriku bila aku dapat rasakan korang jauh dari aku.. Aku tak salahkan korang. Silap aku yang suka simpan sendiri. Aku tak tau macamane nak cite. Tak tau nak update status kesedihan aku kat FB.. Kalo dah sedih tahap gaban pun aku deactivate FB. Erm.. *totally bersalah

Agak sukar gak aku nak meng'convince' family aku setelah apa yang terjadi. Aku juga akur segala risiko yang bakal aku tanggung. Akhirnya... Alhamdulillah.. Family aku terima semula.. Begitu juga buat kawan2 ku.. Aku mengharapkan korang terima juga. Aku sayangkan kawan2. Byk masa aku bersama korang.. 3 taun di shah alam.. 3 taun di melaka.. Uish.. Macam2 benda aku lalui bersama korang.

Bukan aku tak nak jemput pada majlis tunang hari tu.. cuma aku tau korang akan marah. Buat pun tergesa2.. Maafkan aku.. Aku cuma jemput 6 org itu pun kawan sekolah yang duduk dekat dgn rumah. Maafkan aku. Jemputan korang semestinya pada majlis kawin nanti..*maaf sekali lagi aku ucapkan


Seperti aku katakan tadi. Aku tak salahkan korang yang marahkan aku dan An/Azan.. Korang lihat apa yang jadi dan korang marah. Aku faham. Korang marah sebab sayangkan aku. Uhuu... Aku harap korang jangan la jauhkan diri dari aku. Aku sayang korang. Maafkan aku atas suma yang terjadi. Bulan baik hari baik nie aku mintak maaf.. Kalo korang still tak maafkan aku.. Raya nie aku minta maaf lagi.. Uhuuuuuu...

PSA

(^^,) Sayang Korang

UTeM C-2-6

(^^,) Sayang korang
 Di saat aku masih bernafas.. Aku minta maaf pada korang. Bukan aku sombong cuma aku... Aku tak tahu nak kata apa lagi.. Cuma maaf ku pinta.. Aku doakan korang sentiasa bahagia bersama family dan insan tersayang. Maafkan aku jika keputusan aku ini tidak di senangi.. Aku redha dgn takdir. Aku harap korang tak marahkan aku lagi. Aku sayang kan korang. Sebab korang BEST........

P/S : Aku tunggu korang tak marah kat aku... Uhhuuuu ....




Ahli Baru

Salam.. Lame sungguh aku tidak meng'hapdate' blog ni. Bukannya malas.. Cuma kurang rajin. Ehe...
Byk sangat keja yang perlu aku laksanakan sampai terkejar kejar au dibuatnya. Andainya badan ku boleh dibelah belah.. Aku belah bagi sorang wat tu.. sorang wat ni.. Apakan daya.. Aku sorang jer.. Hohooo

Orait..Ahli baru sudah join ini Zainal's Family. YahoOOOOooo !!! Pada 30 Julai 2011 Jam 12.03tghari .. Lahirlah seorang baby perempuan dari akak ipar ku seberat 3.7kg.. Ehe.. *Aku sungguh blur nak buat ayat

Aku dan abg aku. *barul = nama manje ku panggil abgku* telah berdiscuss nama baby. Akhirnya kami memilih.. SITI SHAZA SYAFEQAH BINTI MOHD SHAHRULNIZAM.. Au budget nak panggil Siti jer nanti. Sonang Baitu... Eheh...

Tudiaaaa.. Tembam kan?
Papa iqamahkan siti



Alhamdulillah.. Semua selamat. Patutnya discas hari ni tapi siti kena kuning pulak. Agak berulang alik la aku ke HKL.. Semua pasal family... Tadahal la.. Aku sayang family aku..

Berkenalan dgn ma su..

Berkenalan plak dgn future pak su. ehe..