Sengaja je aku open topik ni malam2 tatkala aku bosan. Bukan niat aku nak kutuk orang lain ke ape ke cuma ingin membahaskan apa yang ada dalam otak aku ni. *aku cuma nak mempertingkatkan perbendaharaan kata*
Bagi aku la kadang-kadang kesetiaan aku macam menampakkan kebodohan aku. Macam org selalu cakap
" Wei.. setia tu biar bertempat.. jantan tu dah pijak maruah ko tapi ko nak terhegeh2 lagi... Bongok!!"
semudah itu cintaku diperlekehkan |
Dapat se'das' bongok.. Hahaha.. Tak pe la.. Aku terima apa suma nasihat yang kawan2, kenalan dan family berikan.. Sampai mak aku pernah cakap..
"Mak boleh nasihat ko je. Keputusan di tangan ko. Apa pun keputusan ko, mak sokong.. Mak cuma nak yang terbaik buat anak2 mak.." *dah macam ayat klise drama je.. haha..*
Sedikit pesanan buat wanita/perempuan di luar sana :
1. Jangan la sesekali korang merampas kekasih/tunang/suami orang walaupun lelaki tu sanggup meninggalkan apa yang dia ada untuk korang. Sebab akhirnya.. nanti bila lelaki tu dah sedar yang korang ni cuma gangguan maya je.. Surely dia akan cari balik apa yang telah dia tinggalkan.. *aku dah merasai benda nie..surely la bf aku dirampas..*
2. For sure korang ade FB.. Twitter.. Tagged and laman sosial laen kan ? Please la.. Jangan expose sangat kesedihan korang.. sekali dua orang akan simpati.. Tapi bila melampau sangat.. Org akan melabelkan ko.. Nyampah kat ko..Lagipun hidup ni bukan dalam laman sosial je kan ? Tak payah nak riak lebeh.. sedih lebeh.. Aduh.. Takkan la satu hari kalo ko dah kawen sume cerita dalam kelambu nak bgtau orang ?? Jgn jadi 'artis' sgt.. *ramai gak artis wannabe dalam fb.. euuuuu...*
3. Jgn terlalu mudah jatuh cinta.. Seriusly la.. Tunang aku skang adalah cinta pertama ku.. cinta dan bf berbeza yer.. hik3.. Mungkin sebab itu aku sanggup tunggu lama sebab sayang.. *bodoh ke aku ?.. damn*
Buat diri tu mahal sket. Jgn tak sampai seminggu ko dah berpeluk plak ngan lelaki laen.. Nampak sangat ler memang ko nie tak bleh dibuat bini.. 'Easy come.. Easy go.." Hahaha..
4. Dalam perhubungan atau dalam bahasa omputih di FB.. 'in relationship'... Kaum hawa biasanya lebih mengharap. Dalam erti kata lain mengharap perhubungan cinta itu hingga ke jinjang pelamin.. Tetapi bagi kaum adam.. Masa 'in relationship', mereka menilai kekasih mereka dari pelbagai segi. Bak kata kawan aku ..
"Bukan senang nak cari calon isteri.. Nak cari cikaro senang lah.."
5. Jangan terlalu menuding jari kepada orang lain atas apa yang berlaku. Cuma katakan saja " tiada jodoh". Lagi banyak bercerita.. Lagi banyak hati yang terluka.. Terutama hati kita sendiri. Ingat.. Perhubungan cinta yang korang bina atas keruntuhan cinta orang lain takkan bertahan lama. Sebelum menyalahkan orang lain. Korang ingat balik silap diri sendiri..
Berbalik kepada tajuk post nie.. Aku akui setia aku nie nampak cam aku kurang bijak *takmo guna perkataan 'b***h".. ehe.*.. Aku redha dgn semua yang jadi. Risiko yang ku tanggung. Sakit hati yang amat sangat. Kekecewaan melampau. Bila aku fikir balik.. Pergghh..
"Gile la kau ni illa... Tak sanggup aku nak lalui benda ni lagi.."
Pernah sampai satu saat, aku give up untuk mencuba.. Kami putus.. Walaupun hati aku tak nak.. Tapi dia sudah tidak memerlukan aku lagi. Sedih gile.. Tapi aku belajar untuk move on.. Saat itu, aku dapat rasakan kurang bebanan aku. Alhamdulillah.... Disaat aku redha, memang serabut aku terus hilang.. Air mata aku mengalir tapi aku tersenyum kerana dapat melepaskan dia dari hidupku yang telah lebih 7 taun dalam hatiku..
Akhirnya.. Pemergian aku menimbulkan rase kehilangan dalam hati nya.. *ayat aku agak skema malam ni*
Dia kembali kepadaku.. Alhamdulillah.. Pada mulanya aku ingin menolak. Tapi aku redha ketentuan Allah SWT.. Jika beliau jodoh ku.. Ku terima segala-galanya.. *awat ayat aku cam karangan ni??*
Aku bukan wanita solehah.. Tidak juga sempurna.. Tapi aku akan cuba menyempurnakan hidup mu sedaya yang boleh..
Disaat Kau Lemah.. Aku Kekuatan mu..
Disaat Kau Sedih.. Aku Kegembiraan mu..
Disaat Kau Jatuh.. Aku Memapah mu..
Disaat Kau Keseorangan.. Aku Meneman mu..
Disaat Kau Lapar.. Aku Memasak Untuk mu.
Disaat Kau Memerlukan ku... Aku Sentiasa Ada Menemani mu..
InsyaAllah... Hingga Hujung Nyawaku..
P/s : Ayat aku skema rama malam nie.. Ampeh betoi.. mood2 karangan dak sekolah timbul kat otak ni.. jadi mereng sket.. Malam nie aku jiwang ler.. biase la bunga2 cinta... cheeet!
Aku gedik nak baca.. aku setuju ngan no 2 n 5.. so skrg org cakap aku bleh snyum je.. org x pham pe dalam pikiran n ati aku.. semua org bleh cakap pe dorg nak cakap... nasib la aku x pnh ltak gmbr be2 kat fb ke mana2 laman sosial... kalau x lg la wat malu
ReplyDelete