Daisypath Anniversary tickers baby baby development

Wednesday, March 23, 2011

Retroville..

Dikala umur tua makin memuncak. Aku terkenang zaman kecik2. Pada ketika itu yang aku tau hanya lah "MAIN DAN MAIN".. hahaha.. Masa aku umur 5 taun, abg ku iwan 7 taun.. *padan muke die kena g sekolah


Aku lepak kat umah leh main2.. Balik sekolah abg aku memang selalu ajar aku mengeja.. Yang paling aku ingat eja "B.. A.. ba... J.. U.. ju..." ape bunyinyer ?? BATU.. "dushum2" bunyi sekehan iwan kat aku.. kahkah.. *iwan memang evil


Yang paling aku tak faham ngan diri aku sendiri pada ketika itu ialah... Jeng Jeng Jeng.. Aku tak suke berbaju dan berseluar.. main2 kat luar rilex jer pakai sepender.. *sampai umur 5taun jer ekk !!  Aku pun tak tau kenapa.. Yang pasti mak aku sentiasa bengang sebab dah pakaikan aku baju cantik2.. Pastu rilex jer aku tanggalkan baju tu dan main kat luar. Mungkin masa tu panas kot.. Takpun masa tu aku rasa 'trend' bersepender sgt 'hot' pada waktu tu... kahkah.. *illa dah bengong


aku n sepupu sepapat

Tgk pic tu.. Yang pegang bola dalam plastik tu aku. Yang tgn dok pegang pasir tu 'Ain'.. Yang dok pangku aku.. 'Kak Adzue'.. Yang Baju biru kena pangku 'Adik @ Sani'.. Yang wat jari konon2 ganas tu 'Iwan'.. Sebelah tu 'Boy' and yang dok pegang beskal tu 'Kak Ana'


Trend berspender aku tu diikuti oleh adik sepupu ku AIN. Dah kawen pon ain.. Tgh pregnant 1st baby.. Ain muda 2 taun dari aku.. Aku ngan die memang geng 'tag team' la. Pantang mak pakaikan baju.. Pasti yang tinggal spender.. Haha.. Tu dulu tau .. Sekarang kami tak begitu lagi.. Hikhik.. *mau kena sula perangai camtu


Perkahwinan Ain n Helmi 
Ehem2.. Tgk tu.. Kami sudah berbaju ok.. Haha.. Anyway sempat gak aku jadi gadis payung untuk Ain.. Memang cantik Ain jd pengantin.. Sekarang nie bakal ibu.. Tak sabar nak tgk baby comel.. sebab mak die comel.. ehe.. *bila la time aku nak sampai.. uish2..

P/s : Rindu la zaman2 dlu... pergh...


Wednesday, March 16, 2011

Pada ketika itu.. (mood sedih)

Pada ketika pertemuan itu berlaku. Aku mula bertanya pada hati. Betulkah pilihan ku ini? Patutkah aku memberi peluang pada dirinya untuk mengenaliku lebih lanjut? Perlukah aku 'boolayan' dengan dia ?

Pada ketika itu, perasaan ku bercampur baur. Ada perasaan suka apabila dipuja dan diminati seseorang yang digelar lelaki. Ku rasakan diriku wanita yang paling cantik.

Pada ketika itu,ku bulatkan ati untuk menerima pelawaan darinya. Ku terima dirinya dengan terbuka.Dia menerimaku dengan gembira. Aku harapkan cinta yang diberikan padaku adalah sebenar-benar cinta. Ku dapat rasakan cintanya mengalir ke seluruh jiwaku. Ku rasakan dia lah cinta sejatiku.

Pada ketika itu kita menyambut tarikh penyatuan jiwa kita setelah beragai rintangan kita lalui bersama. Suka dan duka kita tempuh sepanjang percintaan kita telah ditebus dengan akad nikah. Aku bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dia berjanji akan menjadi suami yang baik. Ku lupakan episod pencintaan yang duka dan ku sulami dengan ingatan yang indah untuk kita menempuhi hidup berumahtangga.

Pada ketika itu,kita gembira menyambut kelahiran putera sulung. Ku lihat cahaya kegembiraan pada wajahnya. Dia mengucup dahiku sambil berkata "terima kash sayang". Aku hanya mampu tersenyum kerana tak terucap kegembiraanku. Bagi diriku, kebahagiaan nya adalah kebahagiaan buatku. Segalanya begitu sempurna buatku hingga......

Pada ketika itu, aku sarat mengandung anak kedua. Ku terserempak suami bersama wanita yang bergaya berpegangan tangan keluar dari hotel. Aku tersedu. Dirumah aku menanti suami dengan penuh sabar untuk penjelasan sebenar. Pulang suamiku, dia tenang. Segala persoalan ku hampa tanpa jawapan. Suamiku naik ke bilik dan meninggalkan aku menangis di sudut itu.

Pada ketika itu, aku bangun untuk membuat sarapan pagi buat suami serta anak. Ku buang jauh2 ingatan semalam. Aku masih percaya cinta dan kasih suami hanya untuk ku. Ku nampak sehelai kertas tertulis dimeja makan "Maafkan Abg.. Abg tak mampu untuk bersama Sayg.. Abg lepaskan Sayg"

Pada ketika itu, Aku terduduk. Suamiku pergi tanpa penjelasan. Aku seperti org bodoh yang tidak peduli apa yang terjadi di sekelilingku.

Pada ketika itu.. Aku menyesal memilih untuk bercinta..
Pada ketika itu.. Aku menangis tanpa henti..
Pada ketika itu.. Aku sesali segala  harapan dan kepercayaan aku padanya..
Pada ketika itu.. Aku teringat segala janjinya padaku..
Pada ketika itu.. Aku sedar cinta ini tidak lagi bermakna..
Pada ketika itu.. Aku amat merindui suamiku..

P/s : Jgn beri harapan pada seseorang dan menghancurkan nya. Tatkala anda terasa bosan dengan pasangan anda, warnai lah cinta itu dengan kenangan dan memori yang indah. Jgn la anda mencari kesempurnaan yang lain sedangkan anda membuang kesempurnaan yang memang telah anda miliki. 

Saturday, March 12, 2011

Special Edition

"Illa.. Ko letak la pic accident ko kat facebook.."


Disebabkan facebook aku deactivated wat mase skang. Aku letak je kat blog. Tak ramai yang dapat tgk. Haha.. Kang letak kat facebook ramai sgt nak tgk. Maluuuu i Tau.. Hikhik..

Ehem2. Kowang tak payah ler tau camner aku accident. Kang cite mau sedih2. Sob Sob...
Cukup la kowang mengetahui aku accident dekat2 Muzium negara. Hehe.. Sungguh Bersejarah jiwa aku..  *aku memng minat sejarah (ye ke?)


For sure mase xcident tu agak 45 minit lepak tepi jalan tunggu ambulance. Sempat gak aku bukan lense ngan anting2. Kahkah. Dengan betis yang terkoyak. Aku rase kan kacak abes la lepak tepi jalan. Hahaha.. *tak sedar diri


Sesampai ambulance. Paramedik check mana patut. Dengan penuh hati2 serta muke kesian 'awek' paramedik tu guntingkan suar pendek aku tu nak check ade tak tempat laen selain betis aku yang koyak.


"Kak.. kalo tak mampu jgn tgk.. Pengsan nanti" 


Aku dengan kacaknye cakap takpe.. Takde hal la.. Tang die gunting je suar aku aku dah nampak... CHAK !! Satu koyak ag.. CHAkk !! Dua koyak plak.. CHaKK !! tiga rupenye.. Lutut aku terkumpul tiga koyak. *aku tahan sakit dgn penuh kacak.


Sesampai je kat dewan bedah kat PPUM tu. Nurse lelaki a.k.a 'boboy' nak bersihkan kaki aku. Mak aii.. Ni part tak bleh blaaahhhhh.. Air cuci luka 3 botol die curah kat kaki aku. Uiiiiiii.. Sedap hingga menjilat jari kaki mak mertua jiran sebelah rasenye..

"Kak.. Kat betis yang koyak nie ade kaca tersangkut. Xbleh kuar la kak. Saya curah air lagi"
air cuci bergamba manje bersama kunci ku
Dikala itu aku cuak. Adoi. Kuar la ko wahai kaca... Last2 tak bleh kuar gak. Time bilik bedah baru doc2 kuarkan. Mase boboy dok curah air kat kaki aku macam siram pokok die cakap

"Akak nie kuat la.. Sikit pun tak nangis tak merengek.. Akak le pompuan pertama yang tak nangis. Pompuan len dah meraung da"


Dengan kacak and comfident aku jawap.. "Dik. Sakit la dik oii.. Bukan sedih.. Wat pe nangis ?" 
Pastu aku ngan boboy dok gelak2 sampai doc pon datang. Maybe doc ingat aku gile sebab sakit kot. Haha *aku gelak sebab nak tahan sakit


Yang pasti malam tu aku tak bleh tido sebab :
1. sakit
2. dewan bedah icu tu siot la. ramai org memekak. sana dok jerit "mak" sini dok jerit 'appa'. *bengang dewh.
3. kena g x-ray. baper byk kali xray dah. sejuk giler.
4. ingat 'bambam' ku yang patah kaki disana.
5. SSSEEJJJUUUUUKKKK.. grrrrrrr

Mase bedah pun masalah. Aku lambat lali ngan ubat bius. Ketua doc bedah tu agak pelik ngan aku. Hahaha..

"Nape U nie lambat rase kebas. Doc i dah injected tepat ubat bius tu. I bg u ubat tido.. Tapi U tak tido2 pon"


Yang pastinya doc.. Aku pon tak tau nak jawab. Haha.

Yang aku bengang semasa disana :
1. Mase kat dewan bedah ICU. Doc pelatih yang cucuk nak masuk air tu. Dok cocok cabut.. cocok cabut.. Aku marah. *u tau wat keje ke tak? sakit tau. hahaha
2. Mase kat operation room, doc tak jait kepala aku. Dah 4 ari kat wad baru jait. Agak marah disitu *takkan aku nak balik umah dgn kepala bocor
3. Jage makan sebab aku tak bleh jalan ke toilet. So makan sket jer. Buah memang aku tak sentuh. Malas la nak beristinjak atas katil. hahahaha.. *kurang selesa u..


Nie antara luka2 yang beso. Tang bahu yang tak kering nie pic dalam enset. Malas nak transfer.. Yang len2 luka kecik2 jer.

kaki yang agak mantap
     

tgn yang menggoda *mak aii camna nak sarong cincin

kepala tertobek
Nak ikot kan.. Bambam ku ag trok. Patah sana sini.. Muka jait ag.. Moga Bambam pat sehat. Pat elok.
Sayang bambam..


P/s : naek moto pakai suar panjang. ada keta naik la keta jgn degil. memang 'syial' la kancil biru tuuuu !!!








Wednesday, March 9, 2011

PISS OFF !!!

Bengang betol la bile meng'online'kan diri kat ym chat room. Ramai sangat 'sex maniac'.
Cam rase nak sepak.. bagi kaki.. tazkirah pown ade.. dah ade bini pown perangai masing2 cam s**t..
sket2 nak tunjuk webcam.. Die ingat aku batak sgt nak tgk 'bende' die tu.. Blahh la wei.. *amacam gaya marah aku ?

sungguh manis 'sengihan' mu


Yang aku tak boleh blahh tu yang pompuan2 nie.. Aku baru ingat nak kawan2 ngan pompuan.. tibe2.. pekejadahnye pompuan nie.. LES !! Adoi.. Macam2 hal la.. Tapi ade gak yang cun melecun oOoo... Isk.. Kalau la aku lelaki... memang  aku sebat wat bini.. mak aii.. lawa.. mantap.. isk !! weweeett.. *aku sedar diri yang aku nie pompuan

Aku nak sembang2 cari sahabat.. kawan.. bukan nak cari 'pelepas nafsu' ke pejadah haram sume tu. Kadang2 sebab wujud manusia camnie la wat aku malas nak berkawan. Ramai sgt yang gile.. gile sex.. Nickname sume tak bleh menahan.. 'btgkeras'.. 'inch7'.. 'suamigersang'.. and belambak nick2 yang aku kategorikan 'CAMSYIAL'.. *agak kasar disitu

Kalo aku masuk le chat room.. leh dikira baper je yang bleh wat kawan. LOL.. yang len gerenti masuk ignore and aku terus 'spam'kan.. Amek ko !!.. Aku rase memang byk aku ignore.. Sorry la dewh.. ter'ignore' sudah ... hahahawau..
Tak kesah la ko keje ape pown.. Hatta ko keje engineer ke lawyer ke.. tapi kalo otak ko camtu.. tak kemana la dewh. Jgn tgk luar je baik.. bagus.. tapi perangai ko cam haram pekejadah.. kehkeh.. *aku marah manje nie

Aku pun bukan baik sgt.. Tapi takde la nak melucah lucahi kat chat room.. Sengal btol.. Rase nak bg kaki jer.. so.. Jgn cube melucah lucahi dengan saye.. NOT INTERESTED OK!!!

p/s : agak kerinduan dihati nie.. chewah..

Bila rasa sepi menerjah

Malam ni aku terasa jiwang sekali.. Entah la rase nak dgr bacaan quran jer kat telinga ni.
Rasa nak amek kipas angin repair pun ade. Macam sayu2 jer ati nie. *chewah

Aku tak sedih.. tapi macam nak keluarkan otak.. cuci2.. letak clorox and pe jadah sume tu.. pastu masuk balik dalam kepala. yeyeh.. kalo bleh otak ni masukan cd ker.. hardisk ke.. kan best.. tak payah nak blaja. menelaah.. searchng2 sume. aku pown senang.. mane2 tak suke leh delete.. *ramai aku nak delete 
heaven gile camni
Dikala malam nie aku tgh menikmati rase angin sepoi2 bahasa, tetibe ade plak anjing menghanjing dengan memekaknye. Rase nak bg kaki je kat anjing nie. *abes plak kaki aku kang kena geget.
hahaha..

Disaat ini juga aku rase bercampur baur.. sedap betoi dapat makan tomyam.. *slurppppppp
Tapi adoyai.. tengah berpantang nie. Tak bleh men bantai je..

Dah2.. Aku nak pi makan.. Perot dah men lagu dangdut baek punye.. Adios...

Tuesday, March 8, 2011

Burr~~

Bile otak dah blur a.k.a mereng macam bende2 yang fikir.
Rase nak carut mencarut... hamun menghamun.. shit!! 
kadang2 tak bleh nak fokus la beb..
Maybe sebab aku tgh lepak kat umah jer kot. Otak aku blur2 ayam je.
Ntah la...  

Skang nie perot tgh lapa.. Ati tgh panas.. Pas makan bersiram.. amek wudhuk .. solat..
Mantap sket otak aku.. Malas nak pk bende ngarut marut..

Byk sgt berhubung dgn mausia bleh wat jd bengong. Baik tak payah berhubung..
Ko dok umah.. ngadap tv.. tgk katon.. power puff girl... yahooo... *aku minat buttercup

adorable.. love them
Tak pown ngadap PSP yang encik bambamku belikan.. :) maceh .. lap u..

jgn jeles.. pink in colour gitu..

Susah la nak motivate diri sendiri.. Argh... Makin tertekan and stress plak.. 

Tuesday, March 1, 2011

Cinta ~~

Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dgn orang yg salah sebelum menemui insan yg betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yg betul, kita akan tahu bagaimana utk bersyukur dgn pemberian dan hikmah disebalik pemberian tersebut.


Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yg lain akan terbuka tapi selalunya kita akan memandang pintu yg telah tertutup itu terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu lain yg telah pun terbuka untuk kita.


Teman yg paling baik ialah seseorang yang kita boleh duduk bersama di dalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dgn perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yg pernah kita rasai.

Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yg kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak akan tahu apa yg kita rindukan sehinggalah "Ianya" hadir.

Ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam utuk menyukai seseorang, satu hari untuk menyintai seseorang tetapi ia mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang.



Jangan pandang kepada kecantikan kerana ianya akan lapuk ditelan usia, jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut ditelan masa. Apa yang kekal hanyalah kecantikan hati seseorang... .

Carilah seseorang yang bisa membuatkan kamu tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yg suram. Akan tiba satu ketika didalam kehidupan apabila kamu teramat rindukan seseorang sehingga kamu ingin menggapainya dari mimpi dan memeluknya dengan sebenar.

Mimpilah apa yang kamu inginkan, pergilah ke mana-mana yg kamu ingin tujui dan jadilah apa yg kamu inginkan kerana kamu hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk melakukan semua perkara yang ingin kamu lakukan.



Semoga kamu memiliki kebahagiaan yg cukup untuk membuatkan diri kamu menarik, percubaan yg cukup utk membuatkan kamu kuat, kesedihan yg cukup utk memastikan kamu adalah seorang insan dan harapan yg cukup utk membuatkan kamu bahagia... .

Kebahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam memiliki segala yg terbaik. Mereka hanya membuat yg terbaik dalam hampir apa saja yg datang didalam hidup mereka. Kebahagiaan terletak kepada mereka yg menangis, mereka yg terluka, mereka yang telah mencari dan mereka yg telah mencuba, hanya mereka yg boleh menghargai kepentingan manusia yg telah menyentuh hidup mereka.

Cinta bermula dgn senyuman, mekar dgn ciuman dan berakhir dgn tangisan... ..



Masa depan yg cerah sentiasa berteraskan kehidupan yg lalu yg telah dilupakan, kamu tidak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna sehingga anda melupakan kegagalan dan kekecewaan masa silam

" Cinta takkan datang kalau tidak dicari"

Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya. Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya.

Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang dan bukan siapa dia sebelumnya. Kisah silam tidak perlu diungkit lagi, kiranya kamu benar-benar mencintainya setulus hati.



Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehingga kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna penyesalan karena perginya tanpa berkata lagi.

Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat berarti bagimu, hanya untuk menemukan bahwa pada akhirnya menjadi tidak berarti dan kamu harus membiarkannya pergi.

Hawa diciptakan dari rusuk Adam, bukan dari kepala untuk dijunjung, bukan dari kaki untuk dijadikan alas, melainkan dari sisinya untuk dijadikan teman hidup, dekat dihati untuk dicintai...



Kadang-kadang ALLAH hilangkan sekejap matahari kemudian dia datangkan pula guruh dan kilat. Puas kita mencari di mana matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah ...

Belajarlah bersyukur dengan jodoh anugerah tuhan.. usah mendambakan teman secantik balqis, andai dirimu tidak seindah sulaiman.. mengapa diharapkan teman setampan yusof, andai dirimu tidak setulus zulaikha... tak perlu mencari seistimewa khadijah, andai dirimu tidak sesempurna Rasulullah SAW...

Jika kamu memancing ikan, setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu, janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu saja…. Karena ia akan sakit oleh karena bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup... Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang, setelah ia mulai menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya, janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja… Karena ia akan terluka oleh kenangan bersamamu, dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu...

Janganlah kamu mengganggu hidup seseorang dengan mencuri hatinya andainya kamu tidak ikhlas menyintainya... kelak kamu akan berlaku kejam dengan meninggalkannya dan membiarkan hatinya terluka dan hidupnya menderita...

Cinta akan menyakitkan ketika kamu berpisah dengan seseorang, lebih menyakitkan apabila kamu dilupakan oleh kekasihmu, tapi cinta akan lebih menyakitkan lagi apabila seseorang yang kamu sayangi tidak tahu apa yang sesungguhnya kamu rasakan.

Wahai sahabatku yang menderita kerana cinta, usahlah ditangisi kekasihmu yang telah pergi, hayunlah langkahmu ke mana sahaja yang kamu ingini demi mengubati hatimu yang luka, moga-moga kamu akan bertemu seseorang yang dapat mengisi hatimu, kelak pasti terubat jua dan hidupmu kembali ceria...

P/S: copy other.. reminder for me..